Peperangan Perang Kemerdekaan Itali Pertama

Tentera Piedmontese terdiri daripada 12,000 tentera. Meriam dan askar berkuda adalah unit yang terbaik. Pada 21 Mac, Grand Duke Tuscany juga mengisytiharkan membantu Piedmontese dengan menyediakan 6,700 tentera. Tentera Paus pula menyediakan banyak sukarelawan. Pada 25 Mac, tentera Piedmontese berjaya memasuki Milan dan dua hari kemudian Pavia telah dibebaskan.

Selepas tentera Piedmontese memenangi pertempuran di Goito dan Peschiera del Garda, Paus Pius IX memanggil tentera-tenteranya kerana takut serangan balas Austria. Kerajaan Dua Sicily juga membuat tindakan yang sama.

Ketika Pertempuran Goito, tentera Austria berjaya mengalahkan tentera Sardinia menyebabkan Charles Albert melarikan diri. Akhirnya, Charles Albert turun takhta demi anaknya Victor Emmanuel II dan perjanjian damai telah ditandatangani pada 9 Ogos 1849 dan Piedmont-Sardinia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 65 juta franc kepada Austria.

Pertempuran Novara (1849).

Peperangan ini menandakan kegagalan Sardinia untuk mengalahkan Austria dengan bersendirian. Ini menyebabkan Sardinia untuk mendapatkan sekutu terhadap Austria dan akhirnya bersama Perancis (1859) dan Prusia (1866) untuk menghalau tentera Austria dari Utara Itali.[2]